Ehsan: En.Google
Petikan dari : FB Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Moga tahun 2014 jadi tahun yang terbaik, seandainya kita bertemu Allah tahun depan. Ramai orang yang buat azam tahun baru di awal tahun. Ikut kajian, sekitar 95% yang gagal mencapai azam yang di bentuk. Antara tip untuk menjayakan azam:
- Doa sungguh2 & bentuk GAMBARAN yg jelas tentang matlamat yang ingin di capai. Kita bertindak ikut GAMBAR yang terbentuk dalam minda.
- Lakukan perubahan secara berpakej agar JADI ORG BARU yang mampu mencapai azam yang di bentuk. Berubah secara pakej = murnikan hati, positifkan minda, betulkan setiap tindakan, tingkatkan ibadah, mantapkan & luaskan jaringan hub, tingkatkan penampilan & bentuk tabiat baru yg +ve.
- Berterusan cari ilmu & sentiasa berdamping dengan majlis ilmu.
- Cari support group yang berwibawa yang mampu bantu & dorong kita.
- Tingkatkan disiplin diri & buang sifat buruk yang boleh sabotaj usaha kita untuk berubah & capai azam yang di bentuk.
- Bantu orang lain untuk capai azam mereka & Allah akan bantu kita untuk capai azam kita.
- Lakukan amalan baru selama 40 hari agar menjadi TABIAT.
- Cari keberkatan REZKI (kerja rajin kerana nak dapat rezki yang halal & redha Allah), ILMU (fahami, hayati, amalkan, dakwahkan & doakan guru) & MASA (ada masa untuk kegiatan duniawi & ada masa untuk amalan akhirat).
- Bentuk modus operandi (rangka tindakan) yang jelas & praktikal.
- Cari mentor/ penasihat yang dspat di rujuk bila ada masalah berkaitan azam yang ingin di capai.
- Mesti seronok dengan perubahan yang di lakukan & azam yang ingin di capai. tanpa keceriaan, sukar untuk berjaya!
- Serasikan niat, doa, fikiran, lisan, tindakan & persekitaran untuk capai kejayaan. Jika ada yang bertelagah, akan terbantut azam!
- Jangan fikir langsung tentang kegagalan. In sya Allah takkan gagal!!!
- Nilai pencapaian pada setiap tahap & lakukan penyesuaian mengikut keperluan agar tak terbantut azam.
Setelah mencuba yang terbaik, bertawakkal kepada Allah. Moga Allah rahmati & bimbing kita mencapai azam yang di bentuk. Penting juga berkat ibabapa ye..
No comments:
Post a Comment
Cakap Kat SuperMak...