The SuperMak Wonderland

You are now entering SuperMak's teritorry..This Blog only share about common things of me, my family, life and anything about LIFE! I blog for GENERAL things in life..so dont ask why my blog doesn't have a theme :)
Those who like to read it..please welcome to share your ideas or story, SuperMak will love to have it! Those hate it, kindly leave this page right away...muahahaha...no offences
Thanx for visiting sweeties! ^_^

Tuesday 7 January 2014

What I did for 2014 Birthday?

Ngehngehngeh... Lets pictures do the 'talking'

Moh kita explore !


Hai...kami posing dpn toilet sbb toilet pon cantik haha


Pon pon!


Panjat zara panjat..escape


Opps kang jatuh ats kepala Rara


Alamak..aaa


Santek nye beyon ni mommy...


Zara pening la nak masuk pintu mana satu..ayoyo


Ok..turn zara plak


Practice piano lu.. next week de competition


Cik puan bomba dtg menyelamat..


Eh..abang acap wat pe kt atas tu..turun..


Sape berani nk bonceng ngn mom jom le


Mana tren tak sampai2 lagi ni


Bye...we all nak naik tren dah


Tata..

Mr.Hubby brought me ans Zara to the new Mall opposite Giant Equin. Nama mall ni The Atmosphere. Actually da lama da bukak since we all pindah sini, baru hari ni rasa nk g jenjalana sini. My best buddy cik Elina kiter ckp kt sini byk mural yg cantik2.. bih kurang mcm gallery of art la. So hubby bwk dtg sini mik gmbr..utk kenang-kenangan..then kua mkn kt Alamanda..dinner treat. Bg mom, spent time with family pon lh dikira 'hadiah' birthday yg terindah..hehehe. Since Mr.hubby kate real present kena postpone kan so ini pon da kira ok. Baik tak Mom hehehe a very good wife kan ahaks! Thanks Mr.hubby :)

Sunday 5 January 2014

I'm so touched

Today is 5th January, and its my BIRTHDAY! Syukur alhamdulillah.. Masih di beri kesempatan untuk bernafas d bumi allah swt. Tahun ni mom dpt suprised dr sahabat sejati. Birthday prank paling best la..dorang leh komplot ngn mr.hubby nk wat suprised. Semalam kejadiannya. Dorang dtg ambush umah mom. Balik uma tgk lampu n kipas terpasang, grill x berkunci. Mom marah kt hubby sbb dia last kua uma pg td. Tetiba semerbak bau perfume pompuan..aik peliknye seram pon ada. Apalagi pot pet pot pet la..Tetiba ternampak kasut pompuan kt blakang pintu. Hah, hubby de simpan pompuan ke ni..cam bengang je trus tnya dia yg still lg kt lua pintu. Blum sempat jwb tetiba bunyi lagu happy birthday..gedeganggg reramai dorang turun tangga smbil nyanyi pegang pavlova..auwwww wakenabeb! Mr.hubby a.k a mastermind gelak sakan plang dorang menjadi. Malu siott..hahaha rupanya dorang da lama sembunyi kt tingkat ats

Pape pon..korang mmg best la.. Lina, mimie, elina, ej, ali n apih. Roasted chicken lina n baked macaroni EJ sgt la sdp.. Kek birthday kali ni ade kelainan..ganti dgn pavlova! Sedap gilesss. thanks a lot my dear superfriends for this lovely treats..muahmuaah

Friday 3 January 2014

MENGAPA PIRING ASTRO MENGADAP KIBLAT?

Korang tau tak kenapa Piring Astro Mengadap Arah Kaabah (Kiblat)? Haaaa Mom pon xtau. Hinggalah masa memula pindah umah ke Equin Park, tgk FIL pasang piring astro tu. Godek punye godek, chanel xdpt.
Pastu dgr adik ipar borak2 suh abah tembak arah kiblat. Masa tu dah pelik aikk nape plak. Tapi tak tertanya..erlp malas nk mik tau sbenarnye. Bila da ejas piring tu, setting..tada! Dapat. Herm menarik la plak. Pastu Mom tgk semua rumah kat sini piring dorang menghadap kiblat. Jadi Mom pon tanya ka kat adik ipar (dia ni terer wiring, technician la katakan).

Then, dia ckp la serba serbi yg Mom masih blurr.. Trus google kot ade info ape kaitan nye kan. Jeng jeng jeng.. dapat la info, Moh kite share:
Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada ‘piring para bola’ untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?

KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.
Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah. “Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat. “Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat. Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan. “Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini,” jelasnya. Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di “Centre of the earth”. Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah… Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini.

Erm... kan..ISLAM itu HEBAT..INDAH. SUBHANALLAH..TUHAN SEKALIAN ALAM. ALLAHUAKBAR!

Thursday 2 January 2014

Zara dan satey

Ini semalam punya celita. Al kisah ptg smalam lepas balik shopping groceries kat Tesco Puchong, we all singgah le mkn kat Rushdi Thai, equin park. Memandangkn masa tu dah pukul 9 lebih n we had heavy meal at 7pm ealier so plan nk minum n oder light course je la. Mom pon oder la satey..tak byk pon 15cucuk je coz..hubby kenyang lg so oder tuk mom jela kononye. Sampai je satey Zara da tak keruan xduk diam menjerit nk satey.. Mom bg la satu cucuk..nom nomm nommm dia mintak 1 lg..mom baru nk abiskn suapan pertama, dia mintak lg. Fine..kasi jela asal dia x bising. Paling tidak pon dia jilat2 je satey tu.. End up, 5 cucuk satey abis kt zara. Mak aih, suka satey upenye si kenit ni. Baru ku tau.. 5 cucuk satey yg gedabak tu mmg agak byk la ngn perut comeyl dia tu muahahaa... Anak oh anak. Ajak balik x nak. Sampai kena pujuk sakan baru ok. Nanti kita dtg lg ye syg..

Bahaya Handphone

Wahhh seriusnye tajuk entry kali ni kan. Well kita tahu penggunaan telefon bimbit sangat penting di zaman sekarang kerana telefon bimbit selain utk calling2,berFacebook, twitter, gaming, berSMS, ia juga boleh dijadikan ALARM untuk mengejutkan kita di pagi hari nanti. Tapi korang tahu tak kesan negatif jika bersama dengan telefon bimbit selama 24 jam atau tidur bersama telefon samada kat atas badan atau di bawah bantal korang? Mom sebenarnya dah lama dengar pasal ni tapi malas nak amik pusing. Sejak dua menjak ni bila sakit kepala menerjah hampir setiap malam dan tak boleh nak tidur tu membuatkan Mom rasa da sampai masanya kena take serious psl benda ni. 

Kita perlu tahu kerana telefon bimbit akan membawa kesan negatif terhadap kesihatan kita samada pada sudut fizikal atau mental. Bagaimana hal ini boleh berlaku? Meh Mom kongsikan sedikit info disini (hasil dari pembacaan online dan rujukan kwn2). Tubuh manusia mempunyai satu medan kuasa magnet yang melengkapi seluruh tubuh kita. Kawalan medan elektromagnet terletak di 'pituitary gland' (menatang ape la tu ahhaha nak tau, g bukak kamus). Apabila sistem medan magnet ini mengalami gangguan atau tidak seimbang, maka timbullah masalah seperti penurunan sistem imuniti badan.

Antara punca yang menyebabkan gangguan dan ketidakseimbangan pada medan magnet tubuh badan adalah gangguan gelombang seperti telefon bimbit, komputer, televisyen (atau kebanyakan alat eletrik bergelombang tinggi), kedudukan rumah yang hampir dengan pencawang elektrik dan pencemaran daripada asap kilang. Apabila sistem medan megnet tubuh badan telah terganggu dan menyebabkan berlakunya masalah seperti 
penurunan sistem imuniti badan, selepas itu berlakulah kompilasi-kompilasi penyakit pada badan.Contohnye seperti sakit kepala, lenguh-lenguh badan, lesu, dan haus.

Setiap anggota tubuh mempunyai getaran warna atau lingkaran elektromagnet yang berbeza-beza ukuran getarannya mengikut ukuran nanometer. Tubuh kita mempunyai tujuh bahagian warna, dimana masing-masing mempunyai warna dan ukuran getaran yang berbeza-beza. Apabila berlakunya pemerosotan dan gangguan medan elektromagnet maka tubuh akan mengalami kemerosotan sistem imuniti badan dan secara langsung akan mengakibatkan serangan-serangan penyakit yang disebabkan oleh kelemahan sistem imuniti tubuh badan. Sebab tu la bila kita nak tidur malam, seeloknye turn off semua handphone, radio, TV, komputer, PlayStation, lampu dan sebagainye. Just biarkan aircond or kipas je on. Yela kan xleh tidur dek kepanasan lak kan...

Seorang pakar (Dr. Hisyam Hashim) menyarankan alternative perubatan bagi mengaturbaikkan dan memperbaiki sistem gelombang yang tidak seimbang itu dengan menggunakan batu permata. Batu permata yang disyorkan adalah dengan menggunakan betu permata jenis berlian (diamond) atau clear crystal. Ini adalah kerana kedua-dua jenis batu ini dianugerahkan oleh Allah mempunyai tenaga, gelombang dan kuasa pembalikan (reflek) yang tinggi. Antara cara penggunaannya adalah dengan memakainya samada di batu cincin atau dibuat loket. Apa yang penting adalah berlian ini harus menyentuh kulit kerana dengan cara tersebut ia akan membuat pergerakan nadi menjadi stabil dan apabila ia menyentuh kulit ia akan bertindak sebagai chelator di mana ia berupaya untuk menarik sisa-sisa toksik melalui kulit, keluar melalui peluh.


Untuk bacaan penuh, elok ler korang cari dan baca buku "Batu Permata dan Nilai Perubatannya" oleh Dr Hisyam Hashim. Mom xde gambar buku tu sbb dulu pernah baca petikan je masa Bengkel Kesihatan. Masa tu tak amik port sgt sbb xtau kepetingan nya kihkihkih.So, kalau korang rasa nak cuba rawatan alternative ni, leh g cari batu permata wat cincin ke ape kan. Kalo Dato AC Mizal, still jual gelang dia tu leh gak belikan kihkihkihkih ;P

Wednesday 1 January 2014

Sharing is Caring - Motivate Ourself

Bercakap pasal azam sempena tahun baru ni, Mom nk share info yg menarik:

Ehsan: En.Google

Petikan dari : FB Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Moga tahun 2014 jadi tahun yang terbaik, seandainya kita bertemu Allah tahun depan. Ramai orang yang buat azam tahun baru di awal tahun. Ikut kajian, sekitar 95% yang gagal mencapai azam yang di bentuk. Antara tip untuk menjayakan azam:

  • Doa sungguh2 & bentuk GAMBARAN yg jelas tentang matlamat yang ingin di capai. Kita bertindak ikut GAMBAR yang terbentuk dalam minda.
  • Lakukan perubahan secara berpakej agar JADI ORG BARU yang mampu mencapai azam yang di bentuk. Berubah secara pakej = murnikan hati, positifkan minda, betulkan setiap tindakan, tingkatkan ibadah, mantapkan & luaskan jaringan hub, tingkatkan penampilan & bentuk tabiat baru yg +ve.
  • Berterusan cari ilmu & sentiasa berdamping dengan majlis ilmu.
  • Cari support group yang berwibawa yang mampu bantu & dorong kita.
  • Tingkatkan disiplin diri & buang sifat buruk yang boleh sabotaj usaha kita untuk berubah & capai azam yang di bentuk.
  • Bantu orang lain untuk capai azam mereka & Allah akan bantu kita untuk capai azam kita.
  • Lakukan amalan baru selama 40 hari agar menjadi TABIAT.
  • Cari keberkatan REZKI (kerja rajin kerana nak dapat rezki yang halal & redha Allah), ILMU (fahami, hayati, amalkan, dakwahkan & doakan guru) & MASA (ada masa untuk kegiatan duniawi & ada masa untuk amalan akhirat).
  • Bentuk modus operandi (rangka tindakan) yang jelas & praktikal.
  • Cari mentor/ penasihat yang dspat di rujuk bila ada masalah berkaitan azam yang ingin di capai.
  • Mesti seronok dengan perubahan yang di lakukan & azam yang ingin di capai. tanpa keceriaan, sukar untuk berjaya!
  • Serasikan niat, doa, fikiran, lisan, tindakan & persekitaran untuk capai kejayaan. Jika ada yang bertelagah, akan terbantut azam!
  • Jangan fikir langsung tentang kegagalan. In sya Allah takkan gagal!!!
  • Nilai pencapaian pada setiap tahap & lakukan penyesuaian mengikut keperluan agar tak terbantut azam.

Setelah mencuba yang terbaik, bertawakkal kepada Allah. Moga Allah rahmati & bimbing kita mencapai azam yang di bentuk. Penting juga berkat ibabapa ye..



Nak Tau Tak?

Psstt.. Nak tau tak? Mom ada gentle reminder untuk semua pembaca budiman (Ade ke orang nak baca Blog haku ni..erk) x sangka plak Blog kecik ni ada stalker and haters. Xpayah nk judge lelebih la ek.. Ingin saya tegaskan disini, SAYA BUKAN BLOGGER SEPENUH MASA ye..dan saya hanya PENULIS AMATUR menulis apa yang saya suka (ianya seperti virtual diary saya).. So xpayah la nak perli2 bahasa rojak yang saya pakai.. Just because I'm a Master's holder I cant use informal, simple yet fresh language to express my feeling.. Suka hati akula.. aku xmintak idea ko kutt..


So, please remember: Jika anda kurang senang, benci, marah, meluat, menyampah, sakit hati, sedih yang melampau, dan apa saja rasa kurang senang dengan isi blog ini...segala hormatnya TINGGALKAN blog ini dengan segera... I'm 'blogging' to express, not to impress or depress anyone...

Bye! PeaceNoWar!

Nota Kaki: 'Haters don't really hate you, they hate themselves;because you're a reflection of what they wish to be'

Happy New Year 2014

First entry utk tahun 2014 yeay! Salah satu azam utk tahun ni (yg xsempat masuk dlm list smlm) ialah nak update belog sekerap mungkin. Hehehhe Iyolahh tu kan :p

Hokkay! Year 2013 has passed and new year 2014 is now here.Everyone desperately waits for New Year
Obviously this the day when we are going to start another year of our life and promise to ourself with some resolutions for the whole year like I will do this, I will do that. Just After the Christmas ( 25th December) the craze for New year begin among the people. Everyone prepares something special to make their New Year a very special evening. But Mom, erm just stay at home spend quality time with my small family hehe golek2 guling2 ngn Mr.Hubby and lil princess..teman cikRara main masak2..mkn sate sambil layan cite transformers lg best! Bersyukur dgn ape yg kita kecapi harini.

2014 menanti dengan penuh tanda tanya..Untung tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak. Rasa cabarannya lebih hebat lagi.. bukan sahaja pada Mom and family tapi mungkin pada masyarakat diluar sana juga. Kenaikan harga barangan dan taraf kehidupan adalah antara cabaran yang paling hebat yang perlu ditempuhi dengan sabar. Nak tak nak kita kena tempuhi juga.. siapalah kita yang ingin lantang bersuara.. Ibarat wau melawan angin.. acheeewah!

Pape pon moga tahun 2014 ni menjadi tahun terbaik kita semua, semoga kita makin dekat dgn Nya dan jauhkan segala laranganNya. Mom and family always pray for Malaysian's peaceful. We hope that this new year also will enrich your life with full of happiness, peace, good health and wealth for you and your family.

Wassalam...