The SuperMak Wonderland

You are now entering SuperMak's teritorry..This Blog only share about common things of me, my family, life and anything about LIFE! I blog for GENERAL things in life..so dont ask why my blog doesn't have a theme :)
Those who like to read it..please welcome to share your ideas or story, SuperMak will love to have it! Those hate it, kindly leave this page right away...muahahaha...no offences
Thanx for visiting sweeties! ^_^

Thursday 2 January 2014

Bahaya Handphone

Wahhh seriusnye tajuk entry kali ni kan. Well kita tahu penggunaan telefon bimbit sangat penting di zaman sekarang kerana telefon bimbit selain utk calling2,berFacebook, twitter, gaming, berSMS, ia juga boleh dijadikan ALARM untuk mengejutkan kita di pagi hari nanti. Tapi korang tahu tak kesan negatif jika bersama dengan telefon bimbit selama 24 jam atau tidur bersama telefon samada kat atas badan atau di bawah bantal korang? Mom sebenarnya dah lama dengar pasal ni tapi malas nak amik pusing. Sejak dua menjak ni bila sakit kepala menerjah hampir setiap malam dan tak boleh nak tidur tu membuatkan Mom rasa da sampai masanya kena take serious psl benda ni. 

Kita perlu tahu kerana telefon bimbit akan membawa kesan negatif terhadap kesihatan kita samada pada sudut fizikal atau mental. Bagaimana hal ini boleh berlaku? Meh Mom kongsikan sedikit info disini (hasil dari pembacaan online dan rujukan kwn2). Tubuh manusia mempunyai satu medan kuasa magnet yang melengkapi seluruh tubuh kita. Kawalan medan elektromagnet terletak di 'pituitary gland' (menatang ape la tu ahhaha nak tau, g bukak kamus). Apabila sistem medan magnet ini mengalami gangguan atau tidak seimbang, maka timbullah masalah seperti penurunan sistem imuniti badan.

Antara punca yang menyebabkan gangguan dan ketidakseimbangan pada medan magnet tubuh badan adalah gangguan gelombang seperti telefon bimbit, komputer, televisyen (atau kebanyakan alat eletrik bergelombang tinggi), kedudukan rumah yang hampir dengan pencawang elektrik dan pencemaran daripada asap kilang. Apabila sistem medan megnet tubuh badan telah terganggu dan menyebabkan berlakunya masalah seperti 
penurunan sistem imuniti badan, selepas itu berlakulah kompilasi-kompilasi penyakit pada badan.Contohnye seperti sakit kepala, lenguh-lenguh badan, lesu, dan haus.

Setiap anggota tubuh mempunyai getaran warna atau lingkaran elektromagnet yang berbeza-beza ukuran getarannya mengikut ukuran nanometer. Tubuh kita mempunyai tujuh bahagian warna, dimana masing-masing mempunyai warna dan ukuran getaran yang berbeza-beza. Apabila berlakunya pemerosotan dan gangguan medan elektromagnet maka tubuh akan mengalami kemerosotan sistem imuniti badan dan secara langsung akan mengakibatkan serangan-serangan penyakit yang disebabkan oleh kelemahan sistem imuniti tubuh badan. Sebab tu la bila kita nak tidur malam, seeloknye turn off semua handphone, radio, TV, komputer, PlayStation, lampu dan sebagainye. Just biarkan aircond or kipas je on. Yela kan xleh tidur dek kepanasan lak kan...

Seorang pakar (Dr. Hisyam Hashim) menyarankan alternative perubatan bagi mengaturbaikkan dan memperbaiki sistem gelombang yang tidak seimbang itu dengan menggunakan batu permata. Batu permata yang disyorkan adalah dengan menggunakan betu permata jenis berlian (diamond) atau clear crystal. Ini adalah kerana kedua-dua jenis batu ini dianugerahkan oleh Allah mempunyai tenaga, gelombang dan kuasa pembalikan (reflek) yang tinggi. Antara cara penggunaannya adalah dengan memakainya samada di batu cincin atau dibuat loket. Apa yang penting adalah berlian ini harus menyentuh kulit kerana dengan cara tersebut ia akan membuat pergerakan nadi menjadi stabil dan apabila ia menyentuh kulit ia akan bertindak sebagai chelator di mana ia berupaya untuk menarik sisa-sisa toksik melalui kulit, keluar melalui peluh.


Untuk bacaan penuh, elok ler korang cari dan baca buku "Batu Permata dan Nilai Perubatannya" oleh Dr Hisyam Hashim. Mom xde gambar buku tu sbb dulu pernah baca petikan je masa Bengkel Kesihatan. Masa tu tak amik port sgt sbb xtau kepetingan nya kihkihkih.So, kalau korang rasa nak cuba rawatan alternative ni, leh g cari batu permata wat cincin ke ape kan. Kalo Dato AC Mizal, still jual gelang dia tu leh gak belikan kihkihkihkih ;P

No comments:

Post a Comment

Cakap Kat SuperMak...